Sesungguhnya para ulama itu merupakan pewaris para Nabi, dan Nabi itu tidak meninggalkan dinar atau dirham sebaliknya para Nabi itu meninggalkan kepada kita akan ilmu. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkannya dan memberi manfaat kepada orang lain samalah seperti mentari yang menerangi dirinya dan orang lain sedangkan ia terus bersinar.
Apa Yang Telah Kita Lalui
Tak Mungkin Kan Menyatu
Walau Saling Suka
Walau Saling Cinta
Telah Ada Benteng Yang Membenteng
Antara Aku dan Dirimu
Telah Ada Hati Yang Lain
Mengisi Hari-Hari Kita
Kau Ada Yang Memiliki
Kau Ada Yang Mendampingi
Begitupun Diriku
Ku Telah Ada Yang Memiliki
Ku Telah Ada Yang Menyayangi
Biar Tak Mungkin Bersatu
Biar Tak Mungkin Bersama
Tapi Hati Kita Telah Satu
Hanya Kita Yang Dapat Rasakan
Apa Yang Ada Antara Kita
Cinta adalah anugerah dari Tuhan
yang diletakkan dalam hati setiap hamba-Nya.
Kejernihan cinta dapat dirasakan disetiap denyutan jantung.
Jika cinta telah terkotori oleh sifat nafsu yang menguasai diri manusia,
maka cinta akan menjadi malapetaka bagi orang yang menerimanya.
Berbahagialah bagi orang yang menyedari
bahawa cinta sebagai anugerah dari-Nya
dan celakalah bagi orang yang mengeksploit cinta dengan nafsunya.!
Jika ingin dicintai Allah
maka jangan engkau mencintai selain Diri-Nya
dan jika ingin dicintai makhluk
maka jangan engkau mengharapkan apapun yang ada pada dirinya.
Oleh kerananya, cintailah sesuatu atas dasar
memelihara amanat Allah yang dikirim kepadamu,
jangan engkau bercita ingin memiliki
dan menguasai sesuatu apapun,
kerana suatu selain Allah bersifat fana
yang akan membuat hatimu gelisah dan merana.
Cinta adalah anugerah dari Allah yang diletakkan
pada tingkat ke lima di kedalaman hati.
Cinta adalah puji yang jernih,
cinta hanya bisa dirasakan oleh sang empunya cinta
..dan cinta juga tidak bisa dilukiskan dengan kata-kata
kerana cinta itu tasbih dan tahmid.
Oleh kerananya, jadikanlah cintamu sebagai sumber
kekuatan untuk meraih sesuatu,
jangan selimuti cinta dengan nafsumu
yang akan membawa petaka hidupmu..
Hidup tak ada yang sempurna,
banyak perkara yang tak sesuai dengan harapan,
tapi yang paling baik dalam menyikapinya ialah:
"Menerima apa saja yang Allah turunkan untuk kita
walaupun perkara tersebut tak sesuai dengan harapan kita."
Jangan mengharapkan sesuatu dengan nafsumu,
kerana sesuatu yang diharap terkadang
dapat mengotori dan merosak hati.
Jangan pula menolak sesuatu yang datang kepadamu
walau dirimu tak menginginkannya,
kerana yang datang kepadamu boleh jadi baik
untukmu dan masa depanmu.
Sikap yang baik dan benar untukmu ialah..
berserah diri sepenuhnya pada Allah,
hal itu lebih baik untukmu
dalam membersihkan hati dan jiwamu..!!!
Pada sepi dan pada damainya hati..
dengan kehadiranmu..
hadir bertandang tanpa langsung diundang..
diukur pada kesanggupan buat mengorbankan
Selama ini sentiasa bersama..
Menemani perjalanan menempuh duka..
Menggunung harapan terdampar
Seiring keikhlasan..
Jangan pernah merasa sangsi..
Hasrat jiwa ingin dicinta..
Biarkan cinta bersemi..
antara hati yang sudi..
menyemai benih-benih cinta..
kerana cinta bukan suatu paksaan..
jangan merasa berat dengan ku..
kerana aku kasih dan sayang padamu..
Sekudus doa nan tulus ikhlas,
pada Tuhan Yang Maha Pemurah,
kupanjatkan...agar kebaikanmu dibalas Tuhan..
Hatimu...
Luhurmu...
Budimu...
Ilmumu...
Hakikat dalam maghfirat...adalah milik Tuhan..
namun itulah isihati seorang insan...
yang memegang amanah Allah...
diberikan hikmat kebaikan,
hati, luhur, budi, ilmu yang diberikan Tuhan..
dibawa ke arah kebaikan..
kerana hakikatnya kita
berkelana...
umpama sang musafir...
menuju ke arah satu tujuan...
mohon kemaafan dalam kata dan perbuatan..
kerana langkah ini..
masih jauh..
dalam liku-liku onak penuh duri..
moga hatimu..
Luhurmu..
Budimu..
ilmumu..
tetapkan jitu..dalam satu hati kepada Tuhan..
hakikatnya kita tidak memiliki..
walaupun kita memiliki dan dimiliki..
kerana hakikatnya sesungguhnya..
kita MILIK TUHAN RABBUL IZZATI..
Cinta adalah anugerah dari Tuhan
yang diletakkan dalam hati setiap hamba-Nya. Kejernihan cinta dapat dirasakan di setiap denyutan jantung. Jika cinta telah terkotori oleh sifat nafsu yang menguasai diri manusia,
maka cinta akan menjadi malapetaka bagi orang yang menerimanya. Berbahagialah bagi orang yang menyedari bahawa cinta sebagai anugerah dari-Nya
dan celakalah bagi orang yang mengeksploit cinta dengan nafsunya.!