Thursday, April 29, 2010

Cinta dan penumpang




Aku hanya menumpang kasih..
Menjamah baki kebahagiaan..
Tumpang berpayung ketika hujan..
Namun tetap jua kuyup dan sejuk..
Menyelit berlindung ketika mentari memancar..
Tetap juga menitik peluh keringat..


Begitulah resam penumpang
ruangnya terbatas
sukar bernafas dan bebas


Apa daya..
seumpama mengharapkan belas ihsan
Sekelumbit cintanya..
Aku tak punya apa-apa..
Hanya siulan kepapaan


Tak perlu simpati..
Kerana engkau ada yang berhak..
Aku hanya menumpang..
Secebis kasih yang tercurah..


Sering rebah ketika dicuit melatah
Tak mengapa
Sering terpinggir ketika menanti dan menunggu
Tak mengapa
Andai dihalau sekalipun..
Apa daya


Aku hanya seorang penumpang…
Meniti sebuah percintaan..