Tuhan jika Kauizinkan
Ingin sahaja kulayar zikir seribu malam
Dan bertahajjud memohon cinta
Setiap detik malam syahdu
Tuhan jika Kauizinkan
Ingin kusemai benih-benih haruman di taman
Dan kucorakkan kuntuman mawar mekar
Manfaat buat kumbang bertandang
Namun Tuhan aku sebenarnya hamba yang mencari
Dan dalam jahil aku cuba melihat erti cinta
Dari bawah batu bukit di lembahMu
Tuhan munajat ini
Kulafaz sedih bertapak di bibir mulut
Mengharap dapat memungut cinta di jalanMu
Moga zikirku adalah rindu
Dan kumbang di taman mendapat madu
