Thursday, June 30, 2011

Dunia dan nafas



Dunia ini hanya tiga nafas :


Satu nafas telah lewat (berlalu),
membawa amal yang engkau kerjakan pada nafas itu,
satu nafas lagi yang sedang kau jalani
dan yang terakhir ialah apakah engkau mampu sampai atau tidak.


Ini kerana banyak orang yang sedang bernafas didatangi maut sebelum
sempat bernafas kembali. Jika demikian, ini bererti hanya ada satu
nafas yang engkau miliki, bukan hari dan bukan pula saat.


Untuk itu bergegaslah dengan segera untuk taat selagi mana engkau
boleh bernafas. Sebelum dia pergi, segeralah bertaubat kerana
siapa tahu pada nafas yang kedua, engkau mati.


~ Minhajul Abidin ~