Thursday, February 9, 2012

Tetap setia




Kubebaskan rinduku mengeruh
Menari di atas kepahitan
Menyayat hati yang telah lama diam
Dan kubiarkan ia seperti langit


Tak mampu dilakukan airmata
Maka langkahku yang menjawabnya
Pada sebuah janji seorang insan
Yang kuanggap seperti langit


Kubiarkan diriku mengukuhkan jiwa
Pada setiap pandangan yang tajam
Yang memandangnya tetap biru
Seperti langit yang tetap di sana


Kerana tentang kita
Tak mereka ketahui
Hanya aku dan kamu
Kerana hati kita
akan tetap seperti langit
Yang setia pada penjagaannya


Bianglala Basmah